Photobucket
Dream High
click on the dropdown menu to navigate through this blog

Tukar Musibah Jadi Manis
Monday, December 3, 2012 ★ 11:32 PM │ (0) angels
assalammualaikum , hye guys , harini I nak cerita pasal musibah , actually I pun taklah tahu pasal musibah ni , but sejak beberapa hari ni musibah satu persatu datang dalam diri ni , so ~ bila tasya baca dan dengar satu artikel ni , I dah faham macam mana nak hadapi musibah ~

Sayidatina Aishah R.HA. riwayatkan sabda rasullulah saw yang bermaksud : tidak ada suatu duri dan yang lebih dripadanya menimpa seorang mukmin melainkan allah mengangkat darjat baginya atau menghapuskan kesalahan disebabkan (musibah yang menimpanya) riwayat muslim 

MUSIBAH ITU UJIAN 

setiap orang pasti pernah melalui pelbagai pengalaman hidup manis , pahit suka dan duka semua itu asam garam kehidupan . musafir kita didunia tidak lengkap tanpa ranjau dan duri disepanjang jalan . orang yang menghadapi musibah ibarat berdepan dengan halangan di tengah suatu perjalanan ke destinasi yang penting iaitu akhirat . daripada sekecil-kecil halangan hinggalah sebesar-besarnya , ia tetap perlu dihadapi ,

satu duri diibaratkan oleh baginda sebagai contoh musibah paling kecil , yang menimpa manusia .
ia mungkin dianggap remeh , tetapi berapa ramai orang yang boleh bersabar apabila berasa sakit disebabkannya ? realitinya tidak . bahkan , kadang-kadang duri sekecil ini boleh menyebabkan manusia kehilangan kewarasannya . itu belum lagi ditimpa musibah yang besar dan lebih sakit daripada duri yang kecil ini . alangkah beruntungnya yang sedikit ini kerana sangat bersabar dan tabah menghadapi sebarang ujian . mereka dijanjikan ALLAH saw , balasan baik yang tidak bernilai .
buktinya , janji ini telah pun dikotakan terhadap para nabi dan rasul yang tabah , meghadapi ujian dan tentangan yang sangat dasyat dalam bidang dakwah . diakhirat kelak , sudah pasti mereka bakal mendapat penghargaan yang tidak terhingga daripada ALLAH , 

MUKMIN YANG SABAR 

Allah menjanjikan dua ganjaran disebalik musibah :

1. diangkat darjat. 
2. dihapuskan kesalahan yang telah dilakukan.

jika difikirkan kembali , inilah reaksi kebanyakkan manusia apabila menghadapi suatu musibah ; marah , sedih , emosional dan pelbagai lagi sikap negatif yang lain . jika begini responds kita ketika menghadapi musibah , adakah relevan darjat diangkat dan kesalahan lalu dihapuskan ? Alangkah mudahnya begitu ! Justeru , baginda melabelkan '' MUKMIN '' sebagai orang yang bakal mendapat dua ganjaran tersebut daripada allah . apa reaksi seorang mukmin apabila menhadapi musibah ?
dia akan bersabar , redha , serta tahu dan sedar bahawa ujian datang daripada allah yang pasti mempunyai hikmat disebaliknya . hasilnya jiwa menjadi tenang . peribadi sedemikianlah yang akan dikurniakan oleh allah . ia sesuatu kemulian yang tidak ternilai ketika dia berfirman dalam al-quran yang bermaksud :'' sesungguhnya orang yang bersabar akan ditunaikan ganjaran yang telah dihitung banyaknya ''
(Surah Al-Zumar 39 : 10 )

DOA MENGHADAPI MUSIBAH 

tidak dinamakan kehidupan didunia ini jika tiada kesusahan dan kesulitan .
memang ia tidak membahagiakan , namun anggaplah ujian allah ini sebagai landasan bagi kita mendapatkan syurga-Nya yang dipagari dengan 1001 perintah yang menyeksakkan hawa nafsu .
tidak kira apa jua musibah yang menimpa , jadikan pedoman al-quran dan hadis baginda sebagai panduan kita . biasakanlah ucapan ini apabila berdepan walau dengan sekecil-kecil musibah sekalipun : 

inna lillah hiwainna ilaihi rojiun ,
maksudnya : '' Sesungguhnya kami kepunyaan allah dan kepadanya jua lah kami kembali "
insya-allah , ujian itu akan bertukar menjadi manis dan membuatkan kita tenang menghadapinya .\
kenapa? kerana kita percaya bahawa allah tidak sama sekali mensia-siakan hamba-Nya 
disebalik ujian yang menimpa .

PENGAJARAN 

1 . musibah boleh menghapuskan kesalahan dan mengangkat darjat 
2 . mengambil iktibar daripada kisah kesabaran para nabi 
3 . sentiasa bersangka baik dengan allah  

so , guys , if kita dapat musibah , tempuhinya lah dengan sabar , , memang ia perit untuk ditempuhi , tetapi dia akan jadi manis jika kita dapat tempuhinya dengan rasa sabar :)
so , renung2kan ,
xoxo :D bye !

Photobucket
OLDER POST | NEWER POST
Pieces Of Me
meet the big beauty boss

hello , assalamualikum , my name is nur anis natasya binti mohd fadli .. 18 tahun . duk kat selangor . kerja kat superstar . and tasya tak tahu nak tulis apa . just nak cakap happy lah ey baca blog yg tak seberapa ni ., tasya just tulis apa tasya rasa je ' have fun okay ? xoxo bye
Tagboard
leave your message here and i'll pay you a visit later

ShoutMix chat widget
Links & Contacts
the great escapes to a beautiful land

Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend

Facebook nurul ain
Twitter nurul ain
Tumblr nurul ain
Blogskin nurul ain
Layout (c) sweet.m!sery
Re-edited by nurul ain
Icons from reviviscent
Resources: sea shells